Sunday, September 13, 2009

Berbuka Puasa Reramai..Ape Bestnye??

Salaam Alayk~

Berbuka puasa ni memang menjadi keutamaan apabila anda sudah penat berpuasa. Kalau tak kenapa nak buka puasa kalau tak puasa bukan..Malah sememangnya ia menjadi satu kepuasan setelah penat menjalani ibadah puasa di siang harinya sepertimana sabda junjungan besar kita,

“Seorang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Rabb (Tuhan)-nya” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak (iaitu) ketika berbuka” (HR. Ibnu Majah)


Kita di Malaysia ni bertuah jikalau nak dibandingkan dengan orang di Asia Barat seperti Lebenon,Palestin Iraq yang hidup mereka siang malam berjuang untuk meneruskan hidup. Kalau dapat melihat hari esok pun, entah betapa bersyukurnya mereka.

Berbuka puasa ni sebenarnya lagi best bila kalau kita makan ramai2..selain mengeratkan silaturrahim sesama kita, ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa dengan makan secara berjemaah ini juga dapat pahala untuknya.

Berkata soal berbuka puasa ni, semalam saya sempat berbuka di rumah mak cik saya di Jenderam Hilir. Ingatkan sikit saja sepupu saya yang datang bersama rupanya ramai lagi yang menanti untuk berbuka bersama.

Rindu saya kepada nasi kerabu dan budu cap ketereh akhirnya terubat juga di situ. Riuh rendah rumah mak cik saya dengan gelagat anak-anak kecil yang rancak ketawa dan melaung selepas berbuka. Mujur saja tak roboh rumah dia yang sederhana besar tu hehe.

Seperti yang saya bicarakan sebelumnya, dengan berjemaah berbuka puasa ni dapat menjalinkan semula ikatan yang selama ini agak renggang sesama kaum kerabat malah sahabat handai kita.


Dapat juga saya merasa kuih buatan tangan Naja. Walaupun baru tingkatan 2, sudah pandai membuat kuih dan resepi sendiri. Tahniah diucapkan dan terima kash untuk bekal kuih raya yang sedap itu hehe..

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Salaam Alayk~

Hari ini sudah genap 52 tahun merdekanya Malaysia dari tangan penjajah. Namun bagaimana pula dengan mentaliti kita yang masih belum merdeka itu? Masih merisik katarsisnya dalam kehidupan seharian, mungkin..



Semuanya bermula dengan Sheikh Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim bin Haji Abdullah merupakan datuk Perdana Menteri Malaysia ke 5 Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi yang terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu.

Klik gambar dibawah..



Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan. Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah



Dan sudah pasti, tidak lengkap Hari Kemerdekaan yang disambut tanpan lagu Tanggal 31 daripada penyanyi tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sama juga di tempat saya. Di Apartmen Seri Meranti, Ara Damansara. Sederhana tapi meriah dengan bunga api di langit malam.

Tonton disini>>

Wednesday, August 26, 2009

Terima Kasih Buat Adik dan Teman

Salaam Alayk~

Jadikan Ramadhan sebagai Universiti yang mengajar, kuliah-kuliah IBADAT, tutorial-tutorial IMAN, assignment-assignment TAQWA & amali-amali AGAMA. Harap kita berjaya peroleh ijazah KEREDHAANNYA..selamat berpuasa

Semoga Ramadhanmu Sempurna, Hakikatnya Seharum Cendana, I'tikatnya Seagung Singgahsana, Makrifatnya Seanggun Ikhlas Dipayungi Insaf *SALAM RAMADHAN*



Terima kasih kepada adikku tersayang, yang akan menghadapi PMR tahun ini semoga jiwamu lapang dan tenang menghadapinya nanti. Juga kepada teman di USM untuk mesej salam ramdhan yang cukup indah ini. Moga Ramadhanmu ini dilimpahi rahmat dan margfirah dari Ilahi. Amin..

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salaam Alayk~

Setelah diri saya dibelenggu kebosanan akibat masalah tenaga pengajar yang tak mencukupi di tempat saya belajar, akhirnya saya bebas seketika. Ya untuk seketika. Mungkin minggu depan masih perihal yang sama. Masalah pengurusan yang penuh birokrasi dan tak efisien. Yang menjadi mangsa, saya dan sahabat yang lain. Sembilan orang kesemuanya.



Biarlah, sekurang-kurangnya dapat juga saya belajar serba sedikit tentang Lines Replament Unit(LRU)dengan En. Baharom yang pernah berkerja di Dubai. Ya, bersama Emirates. Tidak lupa juga bersama super senior kami yang lebih berpengalaman dan bakal tamat hujung tahun nanti.

Lupa pula tentang tajuk asal kita. Benar, bulan Ramadhan yang dinanti selama ini telah mula memancarkan sinarnya. Di surau tadi saya hanya sempat bertarawih di luar. Ramai betul insan yang datang berduyun setelah ditarik oleh mangnet cinta Ilahi ini. Walau sungguh begitu ramai manusia yang ingkar kepadaNya, Dia tetap Yang Maha Bijaksana. Dia tahu fitrah hidup manusia di atas muka bumi ini dan tentu sekali buktinya ialah dengan datangnya magnet cintaNya iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak setiap tahun.



Mungkin ini malam pertama bulan Ramadhan. Masih ramai yang bersungguh-sungguh mahu mengimarahkan masjid dan surau dalam bulan ini. Semoga tarawih, witir dan wirid itu masih kuat menarik hati manusia kepadaNya. Bulan yang dirahmati ini masih panjang. Moga dipermudahkan jalan kita untuk menuai segala rahmat dan keberkatan di dalamnya. Insya-allah..

Saturday, August 15, 2009

Terima Kasih Abe Bomba

Salaam Alayk~

Hari ini saya dan sahabat saya yang lain mengunjungi Masjid Tengku Kelana Jaya Putera, berhampiran Tasik Kelana Jaya. Mengeluarkan peluh barang setitik dua dengan bergotong royong membersihkan masjid. Mujurlah ada bantuan daripada abe-abe bomba yang bertungkus-lumus 'menembak' saluran longkang di sekitar masjid itu.


Bermain dengan hydrochloric acid (sejenis asid kuat)di tempat wudhuk sedikit menggerunkan jiwa saya. Mana tidaknya. Bukan sahaja baunya yang begitu menyekat deria hidung bahkan siapa-siapa yang terkenanya pasti akan tergaru-garu kegatalan. Kalau di dalam makmal, asid ini digunakan dalam kebuk udara untuk mengelak wap-wap yang keluar daripada asid tersebut. Cuba bayangkan kalau terperangkap dalam bilik yang penuh dengan asid ini. Masya-Allah, Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya saya di situ.

Tidak hanya di situ, habis badan saya 'dijamah' kerengga yang mengamuk kerana habitat mereka dimusnahkan. Mengangkut daun dan dahan pokok yang penuh dengan serangga penggigit itu saya tempuhi juga dengan hati yang berat.


Tapi keringat yang kami curahkan terbalas dengan kesudian pihak masjid untuk menyediakan makanan tengahari kami di situ. Nasi Beriani berserta ayam kurma begitu membuka selera kami setelah penat menuai peluh di setiap sudut kawasan masjid.



Elok sangatlah pada pandangan saya untuk mengadakan aktiviti sebegini. Amalan seperti gotong-royong yang telah lama diamalkan ini sepatutnya terus diamalkan. Tambahan pula Ramadhan Al-Mubarak juga semakin terbit sinarnya. Ramadhan,sempatkan kita bertemu nanti?

Monday, August 10, 2009

Meredah risiko H1N1

Hujung minggu ini saya memperjudikan nyawa saya meredah lutan risiko H1N1. Menyirap juga darah saya untuk pergi sebenarnya. Mana tidaknya. Sedang jumlah mangsa yang terkorban kerana penyakit ini semakin hari semakin bertambah,saya dengan berat hati terjun ke lautan risiko penyakit yang dahsyat itu.

Saya menghabiskan petang Sabtu saya dengan membelek-belek majalah di Popular, Sunway Pyramid. Pada mulanya fokus saya bukan kepada majalah-majalah di situ. Saya sebenarnya mencari buku-buku terbitan Kumpulan Utusan yang memenangi Hadiah Sastera tidak kiralah tahun ini atau tahu-tahun yang lepas. Namun saya terasa dikecewakan kerana tiada langsung buku-buku yang saya di rak di mana tempat novel-novel dipamerkan. Yang ada pelbagai karya picisan lain yang terkadang saya ragui mutunya. Ah!! kecewanya saya.

Pening juga kepala saya mencari majalah-majalah Kumpulan Utusan. Yang dapat saya temui hanya majalah URTV dan WANITA sahaja yang memberi 'kebenaran' untuk ssya menghantar cerpen-cerpen yang saya usahakan selama ini. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan merupakan platfom terbaik kepada ramai penulis muda lain dan untuk orang baru seperti saya, ia merupakan peluang untuk mencuba nasib dan menentukan tanda aras kepada langkah seterusnya.

Hari Ahad pula saya mencuci mata dengan perkakas elektronik di Plaza Low Yat. Pabila di sana, orang sudah pasti berbondong-bondong datang terutamanya hujung minggu. Saya sebenarnya bukan sengaja mempertaruhkan nyawa saya ke sana. Komputer riba saya telah rosak skrinnya agaknya hujung bulan 6 lalu. Baru sekarang saya 'rajin' melangkah untuk 'mengutipnya' balik.

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi seolah-olah menjadi pemangkin untuk saya menulis lagi. Cerpen yang pertama sudah saya siapkan dengan bantuan sifu Azmah Nordin, penulis novel Timulak Kapal Perang yang saya pernah belajar lama dahulu.

Dibawah ini sedikit petikan daripada cerpen tersebut:

"Cuba tengok langit biru tu. Bukan setiap hari ia begitu. Ada kala hujan, ribut, guruh, kilat itu datang mengusik. Begitu juga dengan hidup kita ini . Mana seronok bukan kalau langit asyik biru sahaja. Tak dapatlah kita nak merasa nikmatnya main hujan nanti. Suatu hari nanti kau mungkin akan bertemu katarsisnya. Tika itulah saatnya bermula sebuah eksposisi katarsis dalam hidupmu. Suatu ramuan yang tepu dan sebati."

Entah kenapa nasihat Miqdad mengejut bergema di kepalanya. Jiwa kini lapang seolah-olah segala keresahan dalam hatinya dibawa bayu ketenangan di renyai topi siswazah Universiti Apex pertama di Malaysia. Konvokesyen USM itu masih menyambut kehadiran tetamunya. Langit biru melambai lagi. Tampak begitu indah sekali.


.....................

Saya sedang mengusahakan cerpen kedua saya walau sering diserang writer block sewaktu rancak menaip jalan ceritanya. Semoga cerpen yang pertama akan diterbitkan tidak lama lagi. Amin.

Friday, August 7, 2009

rak rindu

sukma ku sendu
melihat rak lama
berteman kini hanya
habuk dan sawang

rak itulah tempatku
menghirup setitis
budi dan akal
kala si buta susila
memenuhi jiwa alam

citaku mula bertatih
diteman teguh rak ilmu
mengintai naskah cinta
dikemas tingkat rindu