Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salaam Alayk~

Setelah diri saya dibelenggu kebosanan akibat masalah tenaga pengajar yang tak mencukupi di tempat saya belajar, akhirnya saya bebas seketika. Ya untuk seketika. Mungkin minggu depan masih perihal yang sama. Masalah pengurusan yang penuh birokrasi dan tak efisien. Yang menjadi mangsa, saya dan sahabat yang lain. Sembilan orang kesemuanya.



Biarlah, sekurang-kurangnya dapat juga saya belajar serba sedikit tentang Lines Replament Unit(LRU)dengan En. Baharom yang pernah berkerja di Dubai. Ya, bersama Emirates. Tidak lupa juga bersama super senior kami yang lebih berpengalaman dan bakal tamat hujung tahun nanti.

Lupa pula tentang tajuk asal kita. Benar, bulan Ramadhan yang dinanti selama ini telah mula memancarkan sinarnya. Di surau tadi saya hanya sempat bertarawih di luar. Ramai betul insan yang datang berduyun setelah ditarik oleh mangnet cinta Ilahi ini. Walau sungguh begitu ramai manusia yang ingkar kepadaNya, Dia tetap Yang Maha Bijaksana. Dia tahu fitrah hidup manusia di atas muka bumi ini dan tentu sekali buktinya ialah dengan datangnya magnet cintaNya iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak setiap tahun.



Mungkin ini malam pertama bulan Ramadhan. Masih ramai yang bersungguh-sungguh mahu mengimarahkan masjid dan surau dalam bulan ini. Semoga tarawih, witir dan wirid itu masih kuat menarik hati manusia kepadaNya. Bulan yang dirahmati ini masih panjang. Moga dipermudahkan jalan kita untuk menuai segala rahmat dan keberkatan di dalamnya. Insya-allah..

No comments:

Post a Comment